Friday, July 20, 2012

KENAPA TAK BOLEH MAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA DIET ALSD2?



Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep makan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh makan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut.

Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Didalam fasa penurunan berat badan, karbohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.

Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:-

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)

Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Starfruit 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image - Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan. Anda harus bertanggungjawab tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebab yang sebenar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...