Tuesday, August 7, 2012

BOLEH TAK BERDIET DENGAN ALSD2 JIKA ADA PENYAKIT GALLSTRONES (BATU KARANG DALAM HEMPEDU)


Kajian saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang di dalam hempedu terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) di dalam pemakanan kita. (Berhati-hati jika anda seorang pendiet low fat !) Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak di dalam makanan.

Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan anda faham salah satu sebab kenapa perlu mengambil minyak zaitun ?)

Sekiranya hempedu  tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah berpenyakit batu karang di dalam hempedu memang menghadapi masalah sekiranya mengambil makanan yang berlemak.

Bagi orang yang menghadapi masalah ini boleh mencuba berdiet ALSD2 tetapi harus menjaga pemakanan yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak, cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan yang di proses seperti sosej atau daging burger.

Jagalah pemakanan berdiet ini dengan betul dan anda harus faham bahawa sebagai orang yang berpenyakit, penurunan berat memang lebih perlahan dari orang lain.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...