Friday, August 3, 2012

CUKA EPAL MENINGKATKAN METABOLISMA BADAN



Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunya
i darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil ALSD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat.





DETOX & KURUSKAN BADAN

Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung, ia membantu mendapatkan badan yang ideal....
Apple cider ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga (fungsi lecithin adalah juga utk menguatkan otak minda kita).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...