Wednesday, August 1, 2012

KENAPA SAYUR-SAYURAN PENTING KETIKA BERDIET?


Sayur-sayuran memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrisi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayura
n sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan ke arah hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memulihkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat mengamalkan sayur-sayuran ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforu s, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

Dan banyak lagi sayur2an yg diketahui khasiatnya... So..jadikan amalan memakan sayur-sayuran sebagai rutin dalam menu harian kita ketika berdiet dengan ALSD2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...