Tuesday, August 7, 2012

STRESS BOLEH MENGHALANG PENURUNAN BERAT BADAN?



Pernahkah anda rasa tertekan ketika berdiet? Ramai orang tidak mempunyai kesejahteraan mental ketika berdiet dan terlalu tertekan ketika hendak makan atau menimbang badan.


Sebenarnya tekanan memang boleh menghalang penurunan berat badan. Bukan sahaja tekanan boleh menghalang berat badan tetapi ia boleh juga menyebabkan badan anda naik kembali. Tekanan – yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, pemakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti cortisol dan adrenalin.

Hormon yang dirembeskan oleh sebab masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk memecah jisim otot sebagai tenaga; yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).

Cortisol juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak di kawasan perut. Oleh kerana di antara tugas cortisol adalah memecahkan bahan kimia tubuh, maka cortisol yang teramat berlebihan akan menyebabkan kesan perlindungan semulajadi di dalam badan dengan pengeluaran insulin yang berlebihan juga. Ini menjadikan keadaan di mana pengeluaran cortisol yang berlebihan akan menjadi salah satu punca   badan kita menghidapi keadaan rintangan insulin dan tidak boleh membakar lemak.

Salah satu sebab lagi kenapa tekanan boleh menghancurkan proses penurunan berat badan kita adalah akibat dari serotonin. Tekanan akan mengurangkan serotonin di dalam badan. Pengeluaran serotonin akan menjadi berkurangan kerana tekanan disebabkan kurang mendapatkan tidur yang nyenyak dan lena yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan serotonin yang cukup. Pada waktu ini kita memerlukan lebih lagi serotonin tetapi keadaan tekanan ini menyebabkan pengeluarannya makin berkurangan.

Mungkin ramai yang belum faham bahawa serotonin (5-hydroxytryptamine, 5-HT ) sebenarnya bukanlah sejenis hormon tetapi ianya adalah sejenis neurotransmitter atau bahan kimia yang menjadi penghubung saraf yang terdapat di dalam otak yang juga banyak berfungsi pada bahagian dinding usus, pembuluh darah dan juga ‘central nervous system’.
Terdapat banyak fungsi serotonin ini yang di antaranya adalah mengawal selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin dan kemurungan. 

Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang menjadi salah satu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghidapi tekanan ketika berdiet.

Apabila kita berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan kita dan nikmatilah diet yang kita lalui untuk mendapat menafaat yang optima.


Sumber: Kamarul Nordin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...