Tuesday, September 4, 2012

GREEN TEA MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Salam sejahtera,


Pada artikel kali ini , saya ingin mengulas keistimewaan green tea. Green tea adalah tumbuhan anti oksida yang paling tinggi dan sangat berkesan untuk mereka yang mengalami masalah pelbagai penyakit. Selain daripada itu green tea mampu menurunkan berat badan bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan.

Ramai yang sukar menurunkan berat badan disebabkan badan mereka terlalu banyak toksin dalam badan.Oleh itu walaupun mereka berdiet dan juga mengambil produk melangsingkan badan tetapi usaha mereka tidak menampakkan hasil yang memberansangkan.Oleh itu dalam menurunkan berat badan secara konsiten adalah dengan menyingkirkan terlebih dahulu toksin yang terdapat dalam badan disamping mengamalkan minum air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 4-5 liter sehari supaya proses menyingkirkan toksin dapat dilkukan dengan cepat dan berkesan.

Mengapa toksin perlu dibuang di dalam badan dan apa kaitannya dengan penurunan berat badan? Mari kita tinjau sedikit, badan manusia terdedah kepada toksin melalui makanan yang dimakan setiap hari. Oleh itu pengumpulan toksin berlaku dan mereka yang bertoksin akan menyebabkan lemak di dalam badan tidak dapat dibakarkan dengan berkesan walaupun kita bersenam dan berdiet. Selain itu toksin yang banyak di dalam kolon manusia akan menyebabkan kita sukar menyerap segala zat makanan yang berkhasiat.

Oleh itu bagi mereka yang ingin menurunakan berat badan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menyingkirkan toksin yang ada dalam badan dengan melakukan proses detoxtifikasi. Salah satu bahan yang terbaik adalah green tea. Pembakaran lemak dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

Oleh itu, apa yang harus anda lakukan adalah dengan mengamalkan green tea setiap hari. Anda akan terpegun dengan hasilnya. Green tea juga mengelakkan berlakunya kesan “yo yo” pada badan anda. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...