Wednesday, September 12, 2012

KEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT


                                               



Pernah tak terlintas di fikiran korang untuk memiliki perut yang buncit? Yang pastinya memang kita say NO!! kenapa ya? adakah perut yang buncit merimaskan? menurunkan keyakinan diri? YES!!!sudah semestinya!=D. Sometimes rasa rindu kat baju-baju lama yang tak muat sebab kat perut je mesti ketat dan bagi kaum laki yang nak pakai baju formal, mesti susah nak butang kat bahagian perut..kesian..bila perut dah start membuncit, mesti kebanyakan anda search kat google ” CARA-CARA KEMPISKAN PERUT”..kalau girls lak, pergi cari kedai yang jual losyen mujarab pati halia & kalau yang berduit, dah start fikir nak pergi London Weight Management…Tapi cara paling senang dan pantas cubalah Alpha Lipid Sd II, pasti kempis perut yg byk lemak tu. heheh..last choice: berserah jelaa…biarkan dia kempis sendiri..Apa-apa pun reaksi anda tentang masalah buncit ini, 1st thing yang anda perlu tahu..kenapa perut boleh buncit????


To make it simple, majoriti masalah buncit ini datangnya dari MAKANAN BERLEMAK dan TIDUR YANG BERLEBIHAN. Sape suka minum teh tarik?..so, susu pekat manis berkrim yang kita minum hari-hari akan menjadikan lemak-lemak badan bertambah dan terkumpul di bawah kulit. Selain teh tarik, banyak makanan yang berkolestrol tinggi seperti kambing, ayam tandoori dan nasi beriani. Mee goreng mamak adalah antara menu yang mengandungi kolestrol yang tinggi jika dibandingkan dengan makanan bergoreng lain.


Selain itu, cara kita makan pun boleh mendatangkan masalah buncit. Ramai di antara kita yang MAKAN SAMBIL MINUM. Apabila kita berpelakuan sedemikian, makanan yang dimakan akan secara tidak langsungnya susah untuk dicernakan. Jadi tidak hairanlah bila lepas makan je, perut mesti buncit. Faktor jantina serta genetik juga turut menyumbang masalah perut buncit. Lelaki selalunya mengalami masalah buncit sebab tempat simpanan lemak yang utama bagi lelaki ialah perut. Kalau perempuan pula, peha dan pinggang.

Antara sebab lain buncit ialah apabila kita makan lepas perut masuk angin. Bila perut dah masuk angin, angin akan menghasilkan tekanan dalam perut yang akan menyebabkan diafragma kita tertolak ke atas atau kata lain, membuncitkan perut.

Baiklah guys..masalah datangnya perut buncit ini dah pun kita bincangkan kat atas. So tibalah masanya tuk kita bincangkan SOLUTIONS kepada masalah tersebut. Banyak yang korang boleh praktikkan untuk hindari atau kurangkan perut buncit yang sedia ada. Yang penting, istiqamah…tak ada siapa pun boleh tolong kita melainkan diri sendiri.

Antara tips2 dari saya:
Kurangkan makanan berkolestrol tinggi. Bukan nak menghalang korang dari makan makanan yang sedap-sedap, tapi cuba kurangkan. Gantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih menyihatkan. Sebagai Contoh Gantikan teh tarik dengan teh o, mee goreng mamak dengan roti naan atau idli yang dimasak tanpa minyak. Tapi sekarang roti naan pun dah ditambah cheese dengan mayonis….korang kena bijak order…gudluck!!
Amalkan sit up setiap hari sebelum/ selepas tidur.

Minum air teh O yang dicampurkan dengan limau nipis. Limau nipis ada sitrik asid yang boleh menghilangkan lemak, kalau nak lagi berkesan, perah limau nipis dalam air suam dan minum setiap pagi.
Elakkan minum air semasa makan lebih- lebih lagi air yang bergas. Lagi bagus kalau korang minum 10 minit lepas makan.
Makan dengan perlahan. Kunyah makanan sehingga makanan tu agak lumat sebelum telan. Ni pun salah satu sunah Rasul kita kan…Tak adalah nak siksa perut kita untuk digest makanan tu.
Kurangkan makan makanan yang masin seperti snek dan fast food sebab garam boleh keluarkan cecair dari sel badan.
Amalkan makan yogurt atau minuman yang ada bakteria untuk usus seperti Bliss dan vitagen.
Minum banyak air kosong.

Harap korang dapat something lepas baca artikel ni dan menjalankan misi baru dalam hidup: Kempiskan perut yang buncit!!!jangan lupa ukur lilit perut korang sebelum misi dijalankan dan update setiap minggu..heheh~ Siapa-siapa yang ade idea or tips lain, bolehlah dikongsikan sekali. Gudluck guys!!=)

NOTA: CARA PALING SENANG NAK KEMPISKAN PERUT, MINUM ALPHA LIPID SD II. DAH RAMAI YG BERJAYA KEMPISKAN PERUT, KURUSKAN BADAN DAN YG PASTI PENAMPILAN TENTU LEBIH MENARIK DAN BERKEYAKINAN TINGGI.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...