Thursday, October 4, 2012

ALPHA LIPID LIFELINE MEMBANTU PESAKIT STROK / ANGIN AHMAR

Salah satu penyakit yg amat berbahaya sekarang ni adalah strok. Bagi Mereka yg telah mengalami strok bolehlah cuba minum Alpha Lipid Lifeline. Ramai yg telah pulih setelah mengamalkan susu kolostrum ini. Bagi kita yg masih sihat ni, adalah amat baik utk mengamalkan minum susu ini bg mengawal diri daripada pelbagai penyakit termasuk strok.



Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkankekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal di peringkat dewasa. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
Tekanan Darah Tinggi
Kencing manis
Paras Kolestrol Tinggi
Merokok
Berat badan berlebihan
Cara hidup tidak aktif
Tekanan / Stress
Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana anda tahu yang anda diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.Apakah gejala strok/angin ahmar? 

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sukar menelan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...